Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"…perguna lima perkara sebelum datang lima perkara; masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin dan masa hidupmu sebelum mati…"

"Takutlah kamu akan hari (kemudian) kamu semua akan dikembalikan padaNya; kemudian disempurnakanNya balasan amal bagi setiap diri sedangkan mereka tidak dizalimi"-Surah Al-Baqarah:ayat 281

Thursday, March 31, 2011

KESEMPURNAAN SAF – PART 1

KALIMAT yang sering kita dengar dari mulut imam sebelum memulakan solat adalah “Luruskan saf (barisan dalam solat berjemaah)” atau “Rapatkan saf”. Namun berapa ramai yang benar-benar mengikuti arahan imam tersebut? Berapa ramai yang mengetahui apa maknanya meluruskan saf mengikut sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih? Para ulama sepakat bahawa saf pertama adalah saf terbaik dan besar keutamaannya bagi jemaah lelaki dalam bersolat.Manakala bagi saf jemaah perempuan, saf paling utama adalah saf paling akhir sekali. Ia sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :Sebaik-baik saf barisan lelaki yang paling depan, dan yang terburuk ialah yang paling belakang, dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir, dan yang terburuk ialah yang paling depan. (Riwayat Muslim) Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan Abu Hurairah: Andaikata manusia mengetahui apa yang ada di dalam panggilan azan dan memenuhi saf paling depan, kemudian mereka tidak berjaya mendapatkannya (saf paling depan itu) kecuali jika mereka berlumba untuk mendapatkannya, pasti mereka akan berlumba. (Riwayat Bukhari). Disebut juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w. bahawa saf di sebelah kanan mempunyai lebih keutamaan berbanding saf di sebelah kiri. Daripada Aishah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat terhadap orang yang berada di saf sebelah kanan. (Riwayat Ibnu Majah) Di antara fadilat solat di saf pertama: 1) Menjaga kesempurnaan saf pertama sama seperti safnya para malaikat. Riwayat Jabir bin Samurah yang berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Tidakkah kamu berbaris sebagaimana saf para malaikat di sisi Tuhan-Nya?” Kami bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimanakah saf mereka di depan Tuhan?” Jawab Nabi: “Menyempurnakan barisan pertama dan rapat benar dalam barisan.” (Riwayat Muslim)Daripada hadis di atas dapat kita fahami bahawa mereka yang memenuhi saf paling depan ketika solat adalah sama dengan saf para malaikat yang sentiasa menjaga kesempurnaan saf mereka dan saf para malaikat ini hampir dengan Allah s.w.t. Dari sini boleh kita katakan bahawa mereka yang berada di saf paling hadapan adalah orang yang paling hampir dengan Allah dan lebih mudah memperoleh rahmat-Nya. 2) Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada mereka yang berada di saf-saf paling hadapan. Daripada Abu Umamah berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama.” Para sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua.” Rasulullah menjawab: “Ya, juga saf kedua.” (Riwayat Ahmad).SelawatMenurut Dr. Fadhal Ilahi, makna selawat Allah atas mereka (yang berada di saf pertama) adalah seperti yang dikatakan oleh Imam ar-Raghib al-Asfahani, iaitu: “Tazkiyah (Penyucian daripada dosa-dosa) terhadap mereka.” Selawatnya para malaikat pula: “Iaitu berbentuk doa dan permohonan keampunan.” Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapat tazkiyah daripada Allah dan doa pengampunan daripada para malaikat. 3) Rasulullah memohon keampunan buat mereka di saf pertama sebanyak tiga kali. Daripada ‘Irbadh bin Sariyah bahawa Rasulullah memohon keampunan bagi mereka yang berada di saf pertama tiga kali dan untuk saf kedua hanya sekali.(Riwayat Ibnu Majah). Alangkah bahagia sekiranya orang yang paling mulia di atas muka bumi ini memohon keampunan untuk kita.Demikianlah beberapa keutamaan saf paling hadapan di dalam solat berjemaah. Yang amat dikesalkan terdapat ramai di antara kita yang tidak lagi memberi perhatian terhadap keutamaan-keutamaan ini. Umat Islam di Malaysia seakan-akan tidak ghairah merebut saf pertama.Mereka lebih memilih untuk mendapatkan tempat yang membolehkan mereka bersandar dengan selesa seperti di tiang-tiang atau di dinding masjid, berdekatan dengan kipas dan pintu supaya dapat cepat keluar setelah selesai bersolat.Ada pula yang datang awal ke masjid tetapi berborak dahulu di luar masjid sambil menghisap rokok. Alangkah ruginya mereka ini. Sesungguhnya Rasulullah menyatakan bahawa sesiapa yang secara sengaja memenuhi saf belakang, maka Allah akan membelakangkan mereka.Daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah melihat ada sebahagian sahabatnya yang tidak mahu maju ke saf pertama, maka baginda bersabda: Majulah dan ikutilah saya, sedangkan orang-orang di belakang harus mengikutimu pula! Sesuatu kaum yang selalu suka di belakang, tentu akan dibelakangkan pula oleh Allah. (Riwayat Muslim).Adakah kerugian yang lebih besar daripada kerugian dibelakangkan oleh Allah? Oleh itu datanglah awal ke masjid untuk solat berjemaah dan rebutlah saf pertama..........BERSAMBUNG

Sunday, March 27, 2011

Jangan Perbodohkan Rakyat

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyeru rakyat Malaysia supaya tidak mudah diperbodoh-bodoh dengan lakonan dalam sesebuah video untuk mengaibkan individu tertentu

“Kita dijadikan ‘penonton bodoh’ yang seakan-akan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

“Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun.

“Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini,” tulis Dr Asri dalam blognya sambil menegaskan, perbuatan mengaibkan orang lain dilarang keras dalam Islam.

“Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin.

“Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai,” katanya yang turut berpandangan penubuhan suruhanjaya bukan penyelesaian terhadap kes video seks palsu.

“Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat,” katanya.

Monday, March 21, 2011

MALAS

Malasnya aku nak up-date blog ini. Dah hampir dua tiga bulan sebegini. Ideal ada, bahan ada tetapi untuk menulis dan mengarang sangatlah malas. Itu sebab kadang-kadang bahkan acap kali aku buat dalam bentuk "image" sahaja nota-nota atau bahan-bahan kuliah kat blog ini.

Aku masih ingat seorang ustaz berkata bahawa Sayyiduna Umar berkata supaya dibunuh sifat malas ini. Fuhhh! Tengah-tengah aku menulis inipun terasa malas.

Benarlah doa Nabi saw; s
"Diriwayatkan daripada Anas Bin Malik berkata bahawa Rasullullah SAW. Pernah berdoa yang bermaksud :
Wahai Tuhanku aku berlindung dengan Engkau dari sifat lemah dan malas, takut dan bakhil dan aku berlindung daripada Engkau dari azap kubur dan aku berlindung daripada Engkau dari kesusahan masa hidup dan masa mati. (menurut satu riwayat yang lain) aku berlindung daripada Engkau dari beban hutang dan dari dikalahkan oleh musuh" -(Riwayat dari Muslim) Diantara penyakit jiwa yang boleh merugikan dan memundurkan umat manusia ialah berperasaan lemah diri, malas bekerja dan berusaha , bersifat kedekut atau bakhil serta sayangkan harta untuk dibelanjakan ke jalan kebajikan bagi membantu orang yang susah. Dengan adanya sifat-sifat tersebut dalam diri sendiri segala urusan akan tergendala malah masyarakat akan lemah dan mundur serta mudah dikalahkan oleh musuh, dengan itu masyarakat akan jadi huruhara . Dengan sebab itu ianya perlu dikikis dan dihapuskan dari dalam diri setiap orang dengan sedaya upaya yang boleh.

Untuk menghapuskan sifat-sifat tersebut bukanlah satu perkara yang mudah, kerana ianya sudah melekat didalam diri tampa disedari oleh kita. Oleh itu kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh dengan sedaya upaya jauhkan dari sifat tersebut terutama dengan cara berdoa kepada Allah.

Dalam hadis di atas Rasulullah SAW. mengakui adanya sifat-sifat tersebut dan baginda sendiri berdoa kepada Allah supaya dijauhkan dari sifat tersebut. Rasulullah SAW. juga berdoa supaya dilindungi daripada terkena azab semasa di dalam kubur dan daripada sebarang kesusahan lain semasa hidup dan selepas mati.

Baginda juga berdoa kepada Allah supaya tidak dibebani hutang dan dikalahkan musuh-musuh. Oleh itu setiap orang Islam hendaklah berusaha menghindarkan diri daripada sifat-sifat buruk disamping berdoa kepada Allah dijauhi daripadanya. Ya ALLAH tolonglah aku dalam menghadapi rasa malas ini.

Thursday, March 17, 2011

NORA HOMESTAY

Kepada sesiapa yang mencari homestay @ tempat persinggahan sementara yang lebih selesa untuk seisi keluarga, boleh la menginap di Nora Homestay yang terletak di Rompin.















pintu hadapan Nora Homestay















bilik tidur utama.terdapat 3 buah bilik dengan perabot lengkap.















ruang tamu sebagai ruang rehat keluarga diletakkan sofa dengan televisyen beserta Astro.

antara kemudahan lain ialah 3 buah bilik air, kelengkapan barangan elektrik seperti periuk nasi, jug kettle, seterika dan juga pinggan mangkuk.
sebarang tempahan sila hubungi pihak Nora Homestay, 013-9272781 @ 019-2623756.


Fanomena Alam Lambang Keagungan ALLAH


Untuk semua umat manusia di Malaysia khasnya, Satu fenomena alam cerkerwala di langit akan berlaku di obit dunia.Para saintis dunia dan pakar astronomy melaporkan, Bulan Berada Paling Hampir Dengan Bumi. fenomena Ini Berlaku Selepas 18 Tahun Berlalu.Bulan menghampiri bumi berlaku pada hari Sabtu malam Ahad bersamaan 19 March 2011 atau 15 Rabiul Akhir 1432H. Bulan akan berada di obit bumi 356,700km.
Jarak sebenar bulan dengan bumi ialah 406,300km. Pada malam tersebut bulan nampak besr dan terang benderang. ( bergantung pada cuaca pada malam tersebut).
Fenomena bulan semakin menghampiri bumi , saintis dunia meramalkankeadaan cuaca dunia tidak menentu atau sukar diramal.
Malah santis dan ahli astronomy meramalkan dunia akan berlaku ribut taufan, gempa bumi, letupan gunung berapi didaratan dan dilautan serta pelbagai kejadian yang sukar diramal.
FIKIR FIKIRLAH WAHAI SEMUA INSAN DIDUNIA, KIAMAT KECIL TELALU BANYAK BERLAKU SEBAGI PERINGATAN KEPADA MANUSIA.
Terbaru gempa bumi berskala 9.0 megatidu sehingga berlaku tsunami di Jepun.Lihatlah dengan matahati jangan lihat dengan mata.
(sumber berita dipetik Nasa/makalah@journal astronomy/saintis dunia dan akbar malaysia).