SALAM SEMUA :
Ia adalah bertepatan dengan HaDith Rasullulah s.a.w : mafhumnya :
“ berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah
supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil “
1- kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan ( kajian dan terbitan para kafir ini )
bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan
hati haiwan dan hati ayam, tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan
organ dalaman haiwan. Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam
dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan
dikumpulkan dan dineutralkan. So kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, maka
makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam, sebab percaya buku
sains keluaran kafir ini.
2. kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi
adalah antara minuman kegembaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok yahudi,
mereka minum kopi, starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi
ditangan mereka.
3. kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita.
seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing
adalah daging paling kurang kolesterol.
4. kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds
dalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makananan yang langsung tak
berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu tidak bagus
untuk kesihatan 9 gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi ).
Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6. untuk pengetahuan , para kafir agen dajjal ni agak mengwar-warkan kebaikan minum soya
( sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar ), namun sebenarnya soya dapat
melemahkan kejantanan lelaki dan mengurang kesuburan lelaki dan perempuan.
Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser ovari, kanser prostat, serta
melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama
dengan estrogen kat wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuat
penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Wallahua’llam..
Monday, September 20, 2010
Wednesday, September 8, 2010
SELAMAT HARIRAYA
Disini saya ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hariraya maaf zahir batin kpada semua pengunjung blok ini.
Semoga raya tahun ini membawa satu sinar kebahagian kepada semua.
Mata kadang kala salah melihat
Mulut kadang kala salah bercakap
Hati kadang kala salah menduga
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada
Sungguh cantik kain pelekat,
dipakai orang pergi ke pekan.
hari raya semakin dekat,
silap dan salah mohon dimaafkan
Sebelum cahaya syurga padam,
Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup,
mohon maaf zahir dan batin....

Monday, September 6, 2010
TIPS HARI-HARI TERAKHIR RAMADHAN
RAMADHAN semakin hari bakal meninggalkan kita. Bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagi hamba-Nya yang mengikhlaskan pengabdian diri kepada Allah s.wt. Oleh itu rebutlah peluang dengan baki hari yang ada, setiap jam yang dilalui, setiap minit yang berdetik dan setiap saat masa yang berlalu untuk mempastikan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita semua.
*
Berkorbanlah dengan masa, tenaga dan segala-galanya untuk mencari malam Lailatul Qadar kerana di malam ini Allah menjanjikan ganjaran yang teramat besar di samping doa-doa yang akan dimakbulkan Allah s.w.t. Beri'tikaflah, bangunlah dan persembahkanlah rintihan, harapan dan taubat kerana malam itu hanya berlaku sekali dalam setahun
*
Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Na'uzubillah... Oleh itu perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesali lah segala dosa-dosa yang dilakukan, dan berazamlah untuk tidak melakukannya lagi kerana sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti permohonan ampun dari hamba-Nya
*
Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah dan beristighfar kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajab doa
* Perbanyakkan lagi amalan-amalan membaca Al-Quran, bersedekah, sembahyang sunat dan segala perkara kebaikan kerana ingatlah hanya amalan sahaja yang akan menemani kita di saat kita berseorangan di alam barzakh
Sama-samalah kita istiqamah melakukan ibadah kepada Allah dan gunakanlah kesempatan masa yang diberikan Allah ini dengan sebaiknya kerana belum tentu Ramadhan akan datang kita dapat tempuhi lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)