Thursday, December 31, 2009
Sunnah Rasulullah Menyambut Bayi
Kaedah Menyambut Bayi Bagi Muslim Mengikut Ajaran Rasulullah S.A.W:
1. Azan dan Iqamah
2. Bertahnik
3. Memberikan nama2 yang baik
4. Bercukur dan Bersedekah
5. Berkhatan
6. Aqiqah
Azan dan Iqamah
Baginda s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang memperolehi kelahiran cahayamata (anak), maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqamah di telinga kiri, nescaya terlepaslah dari angin tiupan syaitan.” - Maksud Hadis Riwayat al-Baihaqi
Caranya:
-Pegang bayi tersebut dengan menghadap ke arah kiblat.
-Azankan ke telinga kanannya dahulu.
-Kemudian pusingkan bayi dan iqamahkan ke telinga kirinya.
-Cara melakukan amalan ini sama sahaja untuk bayi lelaki dan perempuan.
Hikmah melakukan azan dan iqamah:
-Supaya perkara pertama yang didengar oleh bayi itu ialah kalimat seruan yang mulia yang mengandungi kebesaran Allah swt dan dua kalimah syahadah.
-Agar dakwah kepada Allah swt dan agama Allah swt lebih dahulu sampai kepada bayi tersebut daripada mendengar seruan dan hasutan syaitan.
Bertahnik
Telah berkata Abu Musa r.a.:
“Aku mendapat seorang anak lelaki, aku membawanya kepada Rasulullah s.a.w., Baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan kurma dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian Baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku.” - Maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Tahnik maknanya amalan memindahkan benda yang manis seperti kurma kepada lidah anak yang baru dilahirkan. Kalau tiada kurma, bolehlah digantikan dengan makanan lain yang manis seperti madu.
Caranya:
-Letakkan kurma yang lembut di hujung jari.
-Gerakkan jari tersebut dalam mulut bayi dengan lemah-lembut ke kanan dan ke kiri sehingga meliputi mulut bayi tersebut dengan kurma yang lembut tadi. Pastikan kebersihan jari dan juga kurma.
Hikmahnya:
Persediaan untuk penyusuan susu ibu dan proses penghadaman.
Memberikan Nama Yang Baik Maksudnya
Dari Amr bin Syuib katanya:
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar memberi nama kepada anak yang baru lahir pada hari ke tujuh dari hari kelahirannya, menghilangkan kotoran daripadanya dan mengorbankan aqiqah baginya.” - Maksud Hadis Riwayat Tirmidzi
Daripada Anas r.a. katanya: telah berkata Rasulullah s.a.w. “Aku telah mendapat seorang anak malam tadi dan aku menamakannya dengan nama datukku Ibrahim.” - Maksud Hadis Riwayat Muslim
Anak-anak hendaklah diberikan nama yang baik-baik kerana:
Daripada Abu Darda’ r.a. katanya : telah berkata Rasulullah s.a.w.
“Kamu sekalian di hari kiamat akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama-nama kamu”. - Maksud Hadis Riwayat Abu Daud
Bercukur dan Bersedekah
Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa Nabi s.a.w. mengaqiqah satu ekor kambing untuk cucunya dan berseru:
“Hai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambut)nya. Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham.” - Maksud Hadis Riwayat Tirmidzi
Caranya:
-Cukur keseluruhan rambut anak yang baru lahir itu.
-Timbang rambut yang telah dicukur.
-Dapatkan nilai perak seberat rambut yang telah ditimbang.
-Sedekahlah wang tunai seperti nilai yang diperolehi daripada timbangan berat rambut tadi.
-Amalan ini dilakukan untuk bayi lelaki dan juga perempuan.
Hikmatnya:
Hikmat kemasyarakatan
- bersedekah adalah satu amalan yang baik. Selain daripada dapat membantu golongan yang miskin, ia juga menanamkan semangat kerjasama dan saling bantu-membantu di dalam masyarakat.
Larangan:
Jangan melakukan qazak iaitu mencukur sebahagian tertentu kepala anak itu sahaja.
Daripada Abdullah bin Umar r.a., bahawasanya dia berkata: “Nabi s.a.w. telah melarang daripada mencukur sebahagian kepala anak kecil, dan meninggalkan yang sebahagian lain, iaitu qazak” - Maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Berkhatan
Oleh Abu Hurairah r.a. katanya: telah bersabda Rasulullah s.a.w.
“Fitrah itu lima, iaitu khitan, memotong bulu di kemaluan, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak”. - Maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
-Hukum khatan bagi lelaki:
Imam Shafi’e, Imam Malik dan Imam Ahmad berpendapat ianya wajib dan hanya Imam Abu Hanifah yang menyatakannya sunat.
-Hukum berkhatan bagi perempuan:
Para fuqaha dan imam mujtahid sepakat mengatakan bahawa khatan itu sunat untuk wanita dan tidak wajib. Hanya Imam Ahmad mengatakan ia wajib untuk lelaki dan wanita.
-Pengertian khatan untuk lelaki:
Dalam istilah syarak, memotong kulit yang mengelilingi kepala zakar di bawah hasyafah.
-Waktu berkhatan:
Boleh dilakukan pada hari pertama anak itu dilahirkan kerana apabila ia sudah sempurna akal ia tidak perlu lagi bimbang tentang urusan berkhatan. Dapatkan nasihat doktor dahulu.
-Hikmah berkhatan:
Untuk memastikan kebersihan dan kesucian terjamin semasa melakukan ibadah terutamanya sembahyang.
Untuk menghindarkan daripada bahaya dan penyakit yang boleh timbul akibat tidak berkhatan.
Aqiqah
“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” - Maksud Hadis
-Hukum aqiqah adalah sunat muakkad iaitu sangat digalakkan bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Melaksanakan aqiqah merupakan tanggungjawab ibubapa atau penjaga anak tersebut.
-Waktu aqiqah:
Bila-bila masa sejak anak itu dilahirkan dan tidak ada batasnya.
-Sunat melakukannya pada hari ke 7, ke 14 dan ke 21.
-Syarat-syarat melakukan Aqiqah:
-Syarat-syarat untuk binatang aqiqah adalah sama seperti binatang korban.
-Aqiqah untuk anak lelaki ialah dua ekor kambing atau dua bahagian lembu dan anak perempuan seekor kambing atau satu bahagian lembu.
-Bagaimanapun, sekiranya kurang mampu, memadai membuat satu bahagian lembu aqiqah atau seekor kambing untuk anak lelaki. Bakinya lagi boleh dibuat jika berkemampuan di kemudian hari.
-Disunatkan menyedekahkan daging aqiqah yang sudah dimasak.
-Seelok-eloknya tulang binatang aqiqah tidak dipatahkan sebaliknya dipotong pada sendinya.
Hikmah melakukan aqiqah:
-Satu ibadah yang bertujuan mendekatkan diri anak kepada Allah s.w.t dari peringkat awal lagi.
-Sebagai fidyah (tebusan) untuk menebus diri anak dari segala mara bahaya dan bala bencana, sebagaimana Allah telah menebus Nabi Ismail dengan seekor kibasy.
-Sebagai tanda gembira dan kesyukuran atas kurniaan anak dan nikmat rezeki.
-Mengukuhkan lagi pertalian kekeluargaan dan hidup bermasyarakat melalui jamuan dan agihan lauk daripada daging aqiqah.
-Untuk mendapatkan ganjaran di sisi Allah pada hari kiamat.
-Doa menyembelih ternakan aqiqah:
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Ini aqiqah (sebutkan nama nama tersebut) Ya Allah! Semoga aqiqah ini engkau jadikan sebagai tebusan baginya (agar terhindar) daripada siksaan api neraka.”
Monday, December 28, 2009
PENGORBANAN PARA SAHABAT RASULULLAH SAW - HIJRAH
Siapa tak sayang anak?
Siapa tak sayang isteri?
Siapa tak sayang harta?
Siapa tak sayang tanah air?
Tetapi para Sahabat sayangkan ALlah, Rasul dan Agama mengatasi sayang kepada yang lain. Ini menjadikan mereka sanggup meninggalkan harta kekayaan dan anak isteri demi kerana ALlah dan RasulNYA.
Ali ra tidur di tempat tidur Nabi dengan berselimut, sanggup mempertaruhkan nyawa.
Abdullah bin Abu Bakar penuh kesabaran dan berhati-hati mengintip rahsia musyrikin Makkah.
1- Abu Salamah adalah antara angkatan pertama melakukan hijrah. Apabila beliau mengambil langkah bersama isteri dan anaknya untuk berhijrah, tiba-tiba dihalang oleh keluarganya dan keluarga isterinya.Keluarga isterinya mengambil isterinya (Ummu Salamah RadiyaLlahu`anha) dan keluarganya mengambil anaknya. Abu Salamah meneruskan hijrahnya tanpa anak dan isterinya. Selepas perginya Abu Salamah,setiap pagi dan petang Ummu Salamah RadiyaLlahu`anhu menangis bersedih. Akhirnya ada di kalangan keluarga mereka orang yang terasa kasihan melihat keadaannya begitu. Lalu mereka berusaha supaya dikembalikan anaknya dan dibenarkan dia pergi ke tempat suaminya di Yathrib. Ummu Salamah bersama anaknya bersedia untuk berhijrah bagi mengharungi perjalanan di padang pasir yang jarak jauhnya lima ratus kilometer. Apabila sampai di Tan’im, mereka bertemu dengan ‘Uthman binTalhah bin Abi Talhah. Dia memberi pertolongan dengan menghantarkan Ummu Salamah dan anaknya sehingga ke Quba’ dan berkata kepada Ummu Salamah :” Pergilah, suamimu berada di negeri ini. Mudah-mudahan di berkati Allah. “ Kemudian ia kembali semula ke Mekah.
2- Manakala Suhaib al-Rumi pula menghadapi tekanan dengan cara lain. Apabila ia bertolak untuk berhijrah dengan membawa harta kepunyaannya, tiba-tiba ia dihalang oleh orang-orang Musyrikin Mekah. Mereka berkata, “kamu datang ke tempat kami dalam keadaan papa dan bangsat. Setelah berharta kamu mahu melakukan perkara ini?”. Mahu meninggalkan negeri ini dengan dirimu dan hartamu pula?”. Suhaib menjawab,” bagaimana kalau aku serahkan harta ini?. Adakah kamu akan benarkan aku pergi?”. Mereka menjawab,” Ya” Lalu Suhaib menyerahkan harta yang di bawanya itu kepada mereka, dan dia dibenarkan pergi.
Menurut riwayat Ibnu ‘RadiyaLlahu’ anhu bersempena dengan peristiwa itu, Allah telah menurunkan firman-Nya:
وَمِنْ النَّاسِ مَنْ يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاةِ اللَّهِ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَاد (البقرة 207 )
Dan diantara manusi ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah itu Maha Penyantun terhadap hamba-hamba-Nya.
Menurut riwayat yang lain pula apabila sampai berita itu kepada Rasulullah s.a.w maka
Rasulullah terus berkata kepada Suhaib,رَبِحَ صُهَيبٌ. ربح صهيب
Maksudnya: “Beruntunglah Suhaib, beruntunglah Suhaib”. (Riwayat oleh Ibnu Mardawaih dan lain-lainnya)
3.Mereka sanggup berjalan kaki merentasi padang pasir sejauh hampir 500 kilometer.
•Dari rumah Abu Bakar , Nabi saw telah mengambil jalan menuju ke selatan (Yaman), Nabi saw tidak mengambil jalan utara ke Madinah untuk mengelirukan musuh. Nabi saw berjalan sejauh lima batu dengan berkaki ayam sehinggalah sampai ke Bukit Thur untuk bersembunyi di gua Thur di puncak Bukit Thur yang tinggi itu. Bayangkan bertapa panasnya pasir di padang pasir di waktu tengahari yang "membakar" kaki Nabi saw.
قُلْ إِن كَانَ ءَابَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَنُكُمْ وَأَزْوَجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَلٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَـرَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَـكِنُ تَرْضَوْنَهَآ أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِىَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لاَ يَهْدِى الْقَوْمَ الْفَـسِقِينَ ﴾
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka). SURAH AT-TAUBAH=24
انْفِرُواْ خِفَافًا وَثِقَالاً وَجَـهِدُواْ بِأَمْوَلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
41. pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. SURAH AT-TAUBAH=41
* IHSAN DARI BLOG //YUSOF EMBONG.blogspot.com
Sunday, December 27, 2009
BIODATA RASULULLAH SAW- Maal Hijrah 1431
sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut
kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,
seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran
paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah
kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu
kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi
hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih
mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.
BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
Saturday, December 26, 2009
Mejelang 2010 - muhasabah diri
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA :
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA :
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN :
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA :
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR :
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON :
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Monday, December 21, 2009
Renungan Bersama
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka Allah Menyayangimu,
Bila Allah Lambat Makbulkan doamu, Maka Allah Ingin Mengujimu,
Bila Allah Tidak Makbulkan Doamu, Maka Allah Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.Thursday, December 17, 2009
SELAMAT HARI LAHIR KE-22
Tuesday, December 15, 2009
Bondaku
Ibuku tercinta, Hasnah bt Mat yang berumur 72 tahun. Membesarkanku dan adik-beradikku yang lain dengan berniaga di warung. Aku tidak akan melupakan jasamu ibu.
Semoga Allah memberikan dirimu kesihatan yang baik dan sentiasa tabah mengharungi hari-harimu.
Rumah tempatku dibesarkan bersama adik-beradikku yang lain seramai 11 orang. Kini tinggal mak bersama seorang adikku dan 2 orang anaknya.
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
B ila dahaga, yang susukan aku....mak
B ila lapar, yang suapkan aku....mak
B ila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
B ila bangun tidur, aku cari....mak
B ila nangis, orang pertama yang datang .mak
B ila nak bermanja, aku dekati....mak
B ila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
B ila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
B ila nakal, yang memarahi aku....mak
B ila merajuk, yang memujukku cuma....mak
B ila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
B ila takut, yang tenangkan aku....mak
B ila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
B ila sedih, aku mesti talipon....mak
B ila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
B ila bengang.. aku suka luah pada..mak
B ila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
B ila sakit, orang paling risau adalah....mak
B ila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
B ila buat hal, yang marah aku dulu....mak
B ila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
B ila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
B ila seronok, aku cari....pasanganku
B ila sedih, aku cari....mak
B ila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
B ila gagal, aku ceritakan pada....mak
B ila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
B ila berduka, aku peluk erat....emakku
B ila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
B ila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
B ila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
B ila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
B ila -b ila ... aku akan talipon pasanganku
Entah b ila ... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah b ila ... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong s ira m bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan N ila i Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.